Alhamdulillah, pada 26 Julai 2016, Selasa, sekumpulan empat orang jemaah nazir telah melakukan lawatan dan pemantauan ke SMK Tasek Permai untuk Tawaran Baru kepada Pengetua. Pemantauan yang bermula seawal jam 7:00 pagi sehingga tamat persekolahan itu telah berlangsung dengan baik.
 |
| PdP Pn. Rasidah |
 |
| Penilaian PdP Pn. Rabiya, Pengetua SMKTP |
Pihak nazir telah melawat sekitar sekolah dan menemuramah warga SMKTP secara formal dan tidak formal. Selain itu, PdP pengetua dan tiga orang guru turut terpilih untuk dicerap; iaitu Pn. Thiruchelvi, Pn. Rosni dan Pn. Rasidah. Keempat-empat sesi PdP ini telah berlangsung dengan baik dan mendapat pujian daripada pihak nazir yang memantau.
Pelbagai pengalaman telah diperolehi daripada pemantauan ini terutamanya dalam meningkatkan kerjasama dalam kalangan guru-guru, staf dan murid-murid seterusnya menjadikan hubungan guru-
 |
| Guru-guru SMKTP yang ceria selepas pemantauan |
guru, staf dan murid-murid SMK Tasek Permai semakin rapat. Diharapkan usaha baik sepanjang persediaan untuk pemantauan ini dapat diteruskan dan SMK Tasek Permai akan menjadi lebih cemerlang lagi.
 |
| PdP Pn. Rosni sedang dinilai. |
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak terutamanya PIBG SMKTP dan syarikat-syarikat swasta yang turut sama membantu persediaan warga SMK Tasek Permai.
Semoga kerjasama yang terjalin dapat diteruskan dengan lebih erat pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment