Sunday, 24 July 2016

Laman Blog Rasmi SMK Tasek Permai

Sebelum ini terdapat tiga blog (blogspot) dan satu laman web (weebly) telah diwujudkan untuk SMK Tasek Permai. Tiga blog yang diwujudkan sebelum ini dibina seawal Januari 2007 dan pengendalinya sudah tidak dapat dikenal pasti dan blog-blog tersebut juga sudah tidak aktif lagi. laman web pula telah dibina oleh Puan Noorazlina binti Azid pada tahun 2015 tetapi kurang dikemaskini.

Hasil mesyuarat Jawatankuasa ICT kali ke-2 pada 18 Mei 2016, telah memutuskan supaya satu laman blog baru diwujudkan untuk menyampaikan maklumat sekolah yang terkini memandangkan blog-blog yang wujud sebelum ini tidak dapat dikenal pasti pengendalinya. Selain itu, blog juga bersifat lebih mesra berbanding laman web.


Tanggungjawab mewujudkan blog ini diamanahkan kepada Encik Mohamad Shahrin bin Tukiman dan Puan Noorazlina binti Azid dan segala maklumat berkenaan pengurusan blog ini juga perlu direkodkan supaya blog ini dapat diuruskan walaupun berlaku pertukaran jawatanuasa ICT sekolah. Mesyuarat tersebut juga memutuskan blog rasmi SMKTP mengguna pakai nama smktasekpermaicemerlang.blogspot.com

Oleh itu, blog ini telah diwujudkan dan diharapkan dapat menjadi medium penyampai maklumat yang berkesan kepada masyarakat tentang SMK Tasek Permai.

No comments:

Post a Comment