Monday, 23 January 2017

ENGLISH DAY CAMPAIGN

Pada 17 Januari yang lalu, Panitia Bahasa Inggeris telah melancarkan English. Day Campaign. Program ini akan diadakan pada setiap hari Selasa bagi memperkasakan Bahasa Inggeris di kalangan murid.

Latihan Personel

Bertempat di Bilik Wawasan pada 14 Januari lepas, telah didakan Latihan Personel yang dihadiri oleh semua guru dan staf SMKTP.

Latihan Personel hari ini dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama adalah ceramah bertajuk "Tanggungjawab Pendidik dan Keseronokan Bekerja" oleh Prof Madya Dr. Salasiah Hanin Hamjah daripada UKM manakala sesi kedua adalah Bengkel Aplikasi VLE Frog dalam PdPc yang dikelolakan oleh guru-guru Jawatankuasa ICT sekolah.

Semua guru dan staf telah memberikan kerjasama dan penglibatan yang baik sepanjang Latihan Personel ini dijalankan. Diharapkan agar Latihan Personel ini akan dapat memotivasikan guru dan staf SMKTP untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang.

Perpindahan Cik Noor Hazwani dan Puan Siti Rohimah

Tidak sampai seminggu SMKTP kehilangan Encik Khor yang berpindah ke SJKC On Pong, kita dikejutkan dengan perpindahan dua lagi guru SMKTP iaitu Cik Noor Hazwani dan Puan Siti Rohimah.

Cik Noor Hazwani berpindah ke SMK Bandar Baru Ampang manakala Puan Siti Rohimah berpindah ke SMK Taman Kosas.

Warga SMKTP mengucapkan ribuan terima kasih atas segala jasa dan keringat yang telah cikgu-cikgu curahkan semasa berkhidmat di sini. Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan tersebut. Kami doakan kedua-dua guru ini akan terus cemerlang di tempat baru.

Terima kasih cikgu.

Wednesday, 18 January 2017

Kejohanan Merentas Desa

Kejohanan Merentas Desa SMKTP 2017 telah berlangsung pada hari Jumaat, 13 Januari 2017. Penganjuran kejohanan ini turut mendapat kerjasama dan bantuan daripada PIBG SMKTP dan MPAJ.

Keputusan rasmi Kejohanan Merentas Desa SMKTP 2017 adalah seperti berikut:
Johan: Nilam
Naib Johan: Topaz
Ketiga: Zamrud
Keempat: Delima

Thursday, 12 January 2017

Majlis Perpisahan En Khor

Encik Khor Kong You merupakan salah seorang guru yang lama telah lama berkhidmat di SMK Tasek Permai. Beliau banyak terlibat dengan jawatan kuasa disiplin SMKTP dan Panitia Bahasa Cina.

Bermula pada 11 Januari 2017, Encik Khor akan berkhidmat di SJKC On Pong sebagai PK Petang. Seluruh warga SMKTP mengucapkan selamat bertugas di tempat baru kepada Encik Khor. Semoga Encik Khor terus cemerlang di sekolah baru.

Jasamu dikenang.

Tuesday, 3 January 2017

Pendaftaran Unit Uniform dan Rumah Sukan

Semua pasukan Unit Beruniform SMKTP mengadakan pendaftaran dan Mesyuarat Agung Tahunan pada hari ini, 4 Januari 2017. Begitu juga untuk Rumah Sukan; turut mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan.

Tahniah kepada murid-murid yang dilantik sebagai AJK yang baru. Jalankanlah tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.

Semoga SMKTP akan terus dan semakin cemerlang.

Monday, 2 January 2017

Hari Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua guru dan murid SMKTP. Alhamdulillah pada hari ini, 3 Januari 2017, murid-murid SMKTP memulakan hari pertama persekolahan bagi tahun 2017. Kelihatan semua guru dan murid teruja untuk memulakan persekolahan tahun ini.

Persekolahan dimulakan dengan Perhimpunan Rasmi dan Pelancaran Bulan Disiplin Cemerlang. Beberapa program telah dirancang sempena pelancaran Bulan Disiplin antaranya kuiz, ceramah dan klinik.

Selain itu, hari ini juga turut diedarkan peralatan kebersihan kepad setiap kelas oleh AJK Kebersihan yang diketuai oleh Puan Suraya.

Semoga tahun ini memberikan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua.

Pendaftaran Murid Tingkatan 1 SMKTP 2017

Pada 30 Disember 2016, telah diadakan pendaftaran murid-murid Tingkatan 1 bagi sesi 2017. Seramai 121 orang murid Tingkatan 1 telah mendaftar untuk tahun 2017.

Pada tahun depan, empat kelas Tingkatan 1 akan dibuka. Guru-guru kelas Tingkatan 1 adalah seperti berikut:
1 Amanah: Puan Nor Azliza
1 Bestari: Puan Nur Shuhada
1 Cekal: Puan Nazirah
1 Dedikasi: Puan Bibi Hafzan

Selamat datang diucapkan kepada murid-murid Tingkatan 1 sesi 2017. Semoga kejayaan mengiringi anda semua sepanjang berada di SMKTP.