Sunday, 16 October 2016

Majlis Graduasi SMKTP 2016

Bertempat di Mentara Club House, Majlis Graduasi SMKTP 2016 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang. Bertemakan "Dominant white", seramai 94 orang murid Tingkatan 5 yang layak telah diraikan dalam majlis ini.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Mohamad Nadzim  bin Ibrahim, Naib Ketua UMNO Bahagian Ampang. Antara nasihat beliau ialah agar para murid SMKTP akan terus berusaha lebih gigih supaya dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading seterusnya menghadiri majlis graduasi di sana pula.
Semoga majlis ini dapat membakar semangat dan memberikan motivasi kepada murid-murid Tingkatan Lima SMKTP tahun 2016 supaya belajar bersungguh-sungguh dan seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM tahun ini.
Tahniah kepada jawatan kuasa kerja yang diketuai oleh Puan Suraya kerana berjaya mengelolakan majlis graduasi ini dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung.
SMK TASEK PERMAI CEMERLANG

No comments:

Post a Comment