Sunday, 31 July 2016

Pertandingan Membina Kapal Terbang Kertas

Pada 30 Julai 2016, Persatuan Reka Cipta SMKTP telah menganjurkan Pertandingan Membina Kapal Terbang Kertas. Pertandingan ini disertai oleh 60 orang peserta dan 10 orang urusetia.

Pertandingan ini dibahagikan kepada tiga kategori; A- Tingkatan 1 dan 2, kategori B- Tingkatan 3 dan kategori C- Tingkatan 4 dan 5.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencukil kreativiti murid-murid dalam membina dan mereka cipta berdasarkan pengetahuan aerodinamik dan aeroangkasa. Pertandingan terbahagi kepada dua acara; masa paling lama di udara dan jarak selanjar paling jauh.

Walaupun pemenang telah diketahui, keputusan hanya akan diumumkan pada minggu hadapan semasa perhimpunan kokurikulum pada hari Rabu.
Nantikan laporannya nanti.

    










No comments:

Post a Comment