Sunday, 16 October 2016

Majlis Graduasi SMKTP 2016

Bertempat di Mentara Club House, Majlis Graduasi SMKTP 2016 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang. Bertemakan "Dominant white", seramai 94 orang murid Tingkatan 5 yang layak telah diraikan dalam majlis ini.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Mohamad Nadzim  bin Ibrahim, Naib Ketua UMNO Bahagian Ampang. Antara nasihat beliau ialah agar para murid SMKTP akan terus berusaha lebih gigih supaya dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading seterusnya menghadiri majlis graduasi di sana pula.

Tuesday, 11 October 2016

MESYUARAT AGUNG ALUMNI KALI 1 / 2016




Pada 25 September yang lalu, Mesyuarat Agung ALUMNI telah diadakan di Dewan SMK Tasek Permai. Mesyuarat ini dihadiri oleh para pentadbir, guru-guru dan bekas pelajar serta julung kalinya diadakan di sekolah ini.

Mesyuarat ini bertujuan untuk menjalinkan semula ikatan di antara bekas pelajar, guru dan sekolah di samping merangka aktiviti yang dapat meningkatkan prestasi sekolah di masa akan datang. Di samping itu, ia juga dapat membuka ruang kepada bekas pelajar untuk menyumbang jasa kepada sekolah meskipun telah meninggalkan alam persekolahan.

Semoga ALUMNI SMKTP akan terus maju jaya demi kecemerlangan sekolah.



Kem Ibnu Sina Siri 2/ 2016

Kem Ibnu Sina siri 2/ 2016 telah berlangsung pada 1 dan 2 Oktober 2016 di SMKTP. Kali ini program turut melibatkan murid kelas 4 Sains selain murid Tingkatan 5 Sains.
Program ini bertujuan untuk memberi persediaan terakhir kepada murid-murId untuk memghadapi peperiksaan akhir tahun dan SPM.
Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar dan diharap para peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh sepanjang program berlangsung.

Monday, 10 October 2016

Khemah Ibadah BADAR 2016

Pada 8 dan 9 Oktober 2016, beberapa orang bekas pelajar SMKTP telah mengelolakan Program Khemah Ibadah untuk ahli-ahli BADAR SMKTP.
Program ini turut disertai oleh beberapa orang guru dan staf yang turut bermalam di sekolah bersama para peserta.
Terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Majlis Resepsi Puan Zarila

Tahniah diucapkan kepada Puan Zarila binti Sudin yang telah mendirikan rumah tangga pada 17 September 2016 dan majlis resepsinya pada 8 Oktober 2016.
Terima kasih diucapkan kepada Kelab Guru dan Staf (KGS) kerana mengaturkan bas untuk warga kerja SMKTP ke majlis resepsi Puan Zarila.
Seluruh warga SMKTP mendoakan Puan Zarila berbahagia bersama suami tercinta hingga ke jannah. Aminn....

UJIAN BERTULIS PT3 2016

Bermula daripada 10 Oktober 2016 hingga 13 Oktober 2016, murid-murid tingkatan 3 akan menduduki Ujian Bertulis PT3. Seluruh warga SMKTP mendoakan supaya semua murid
Tingkatan 3 dipermudahkan segala urusan sepanjang menduduki ujian ini dan dapat menjawab soalan dengan baik.

Berikut adalah jadual waktu Ujian Bertulis PT3 2016:

Saturday, 8 October 2016

HARI SUKAN NEGARA 2016

Hari sabtu, 8 Oktober 2016, adalah Hari Sukan Negara 2016. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti demonstrasi seni bela diri, senamrobik dan pertandingan permainan.